Pages

Sunday, July 4, 2010

SEANDAINYA INI JODOHKU

Panas terik begini membuatkan kakiku melangkah laju menuju ke café Kolej Al-Putra.Aku ingin cepat melangkah ke sana kerana aku tidak mahu berebut-rebut makanan dengan mahasiswa yang lain.

Jangkaanku tepat sekali apabila bun kesukaanku sudah tiada di dalam talam yang disediakan untuk dijual.”hemph,nampaknya memang tiada rezekiku hari ini”suara hatiku berbisik.

“Zara,”tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang memanggil namaku.Belum pun sempat menjawab,kerusi sudah ditarik dan….duduk…”Eh,kau ni tak pandai nak bagi salam ke?Nak aku ajarkan?”Aku mengomel sendirian.” kau ni apsal?m0ody je memanjang”.”nothing.”Sepatah aku menjawab.”Banyaklah kau punya nothing..”Cepat cerita,apa masalah kau?Aku nak dengar.”Shada memberi arahan like “Mem Besar..”

“Shada,kau tak faham aku..kan aku dah cakap,aku takut kalau dia kecewa.Aku bukannya macam kau,cantik.Petik jari je,lima puluh yang datt..”Woit,tu dah melampau dah tu..takde la sampai camtu sekali..Ala,kau tak petik lagi,cuba kau petik aku gerenti ada sorang yang datang..”Shada bergurau..”Hmm..”aku mendengus..

“Eh,kau tak mesej dengan Khai ke?”Shada bertanya.’Tak.Asyik aku je yang mulakan.Mana boleh.Jatuh la standard aku..”

“Takpe.Mesej je.””tak nak”aku membuat keputusan.”Nora,kau tengah buat apa tu?Mesej dengan Sharif ke??””Kalau phone di tangan tu,dah memang sah la Zara”.Shada menyampuk.”Zara,kau dah tak berhubung ke dengan Hafizz sekarang ni?Shada bertanya..”Oit, sejak bila kau jadi paparazzi ni?”aku memberikan soalan cepumas kepadanya.”hehehe..semalam.”Dia menayangkan giginya.

“Shada,bosan la aku kalau selalu macam nie.”Aku melahirkan kebosananku.

“Apsal pulak?kau gaduh dengan Hafizz ke??”Shada bertanya.”hmm…takde maknanya aku nak gaduh dengan dia…”Aku mendengus.”Habis tu apsal??”Dia menyoal kembali.”Ya la,setiap kali nak mesej dengan dia mesti aku yang harus mulakan.Mana adil camtu..Aku rasa macam sia-sia je aku kenal dengan dia..

“Zara,tak baik kau cakap camtu..tahu tak??Kau patut bersyukur tau,sebab bukannya senang nak cari lelaki macam dia sekarang nie…beriman,smart dan kaya..Zaman sekarang nie,dah takde package yang macam tu..tau tak??”Shada bermotivasi.”Kau tak faham aku Shada..dia belum kenal siapa aku.”Aku menyatakan kerisauanku.”Apa pula tak kenal.Kan kau dah berjumpa sebelum ni.”Shada membantah.”Dua bulan terlalu singkat untuk kami mengenali diri masing-masing”.”Zara,dia cousin aku.Aku kenal dia.Please,terima lah dia seadanya..””I..Im sorry,I..I can’t..”

“Kenapa??Apa salah dia.sampaikan dia tak layak untuk kau??””Shada..aku sayang sangat kat dia.Walaupun aku hanya kenal dia selama dua bulan lebih,tapi ntah kenapa aku rasa aku sayangkan dia.Tapi aku tak boleh terima dia..Bukan dia yang tak layak untuk aku tapi aku yang tak layak untuk dia.Dia berhak mendapat yang lebih baik dari aku.”

“Arrgh..Bosannya.Nak buat apa erk??”Aku menyoal pada diri sendiri..

Tiba-tiba aku teringat kepada Hafizz lantas aku teringat akan perbualan aku dan dia tempoh hari..”Izz,Zara tanya sikit boleh??”Aku memulakan perbualan..

“Tanya banyak pun takpe..”Dia memberi respon..”Um..Zara rasa,kita tak payah couple la erk??””Apsal??”Dia bertanya..”Sebab…..Zara belum bersedia lagi..”aku memberi keyakinan kepadanya..”Emm..kalau itu lah keputusan Zara,Izz tak boleh nak halang..Cuma Izz harap Zara dah fikir masak-masak tentang semua nie..”Izz berkata lambat-lambat setelah terdiam sejenak.“Terima kasih Izz sebab memahami Zara”..Dan perbualan kami terputus di situ..Betul ke keputusan yang aku buat nie?Ntahlah.Malas la nak fikir..baik aku pergi tidur lagi bagus..Esok ada kelas pagi..

“Diya..sorry aku lambat..Aku baru habis kelas tadi..”Aku memanggil sambil meminta maaf atas kelewatan aku..

“Its ok.Zara,?.””ya??”Aku berpaling ke arahnya.Apsal monyok je nie?Diya bertanya..”Err..Aku sebenarnya malu lah nak cerita kat kau..:””pasal Izz lagi??”Aku mengganguk laju..

Zara,betul cakap Shada tu..Kau patut bersyukur tau..Kau punya dia sebagai teman..Tak macam aku,mengharap pada yang tak sudi..””Siapa?Fizz?’’Pantas aku bertanya.Diya mengangguk lambat-lambat..”Diya,dia tak layak untuk aku..Dia berhak mendapat yang lebih baik dari aku..Aku dah bagitahu dia yang aku taknak couple dengan dia..”’Are you sure Zara””Ya”Aku mengangguk.Zara,kau tau tak betapa frust nya dia dengan keputusan kau nie??””Itu keputusan aku Diya.”dan aku terus keluar dari café..

Aku ternampak Fizz yang baru keluar dari library menuju ke café..Lantas aku memanggilnya..Aku perlu berbincang dengannya.Antara hidup dan mati Diya..

“Fizz..!!”Fizz berpaling apabila mendengar namanya dipanggil..”Eh.Zara.Ada apa??”Aku nak cakap sikit dengan kau,jom kita ke café..”Aku memberikan cadangan..”Penting sangat ke??”Fizz bertanya dengan teragak-agak..”It’s very important..”Aku menjawab..Di café,kami memilih meja yang agak hujung kerana tidak mahu diganggu.

“Em..Zara,ada apa??”dia memulakan perbualan..”Macam nie Fizz,aku just nak tanya kau dah ada girlfriend belum??”Aku memulakan mukadimah.”La..yang tu je ke kau nak tanya aku??”Dia menyoal aku kembali..”Jawab je la..’Aku separuh meradang..”Tak”.Jawabnya.”ye ke??Tak kan la..”Aku tidak percaya.”Kau nak percaya,percaya.Taknak percaya sudah..”Dia mulai bosan..”Ok,ok..”Aku terus ke pokok persoalan..”Fizz,apa pendapat kau tentang Diya?””Not bad.Why?””Actually,Diya tu dah lama admire kat kau..kau tau tak??Cuma kau je yang tak peras..”Wait..wait..”Fizz menyampuk. Kalau iya pun bagi lah aku habiskan ayat aku dulu...perasan..”ok..ok..sorry..Patutlah aku rasa lain macam je bila kami bertentang mata..rasa macam..something..Dia meluahkan.”Kau??”Aku hampir terjerit. “Maybe..”ya..itu lah tujuan aku ke sini..

Berseorangan begini membuatkan aku teringat akan teman-teman rapatku.Shada,Nora dan Diya..Shada??Shada sekarang ni dah bertunang dengan Khai.Insyaallah bulan depan mereka akan melangsungkan majlis mereka di teratak Shada di Melaka.Nora masih dengan abang Sharifnya.Masih dilambung cinta dan kini sedang menyambung pelajarannya di UK dalam semester akhir. Diya pula telah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan Fizz setelah Fizz meluahkan perasaannya terhadap Diya tempoh hari.Mereka akan bertunang pada minggu depan.Aku bersyukur sangat.Semua teman temanku dah berpunya.Tinggal aku sahaja yang masih solo.Lantas aku teringatkan Hafizz sepupu Shada. Bagaimanakah dia sekarang??sihat??Atau sebaliknya.Semenjak aku membuat keputusan untuk tidak mahu menjalinkan hubungan yang istimewa dengannya,Kami sudah tidak berhubung lagi.Dia seolah-olah melarikan diri dariku.Tiga tahun sudah berlalu..Mungkin kini dia sedang berbahagia bersama isteri dan anak-anaknya.Terasa juga ingin bertanya kepada Shada,Tetapi hatiku menegah.Terpaksalah aku pendamkan sahaja hasratku itu.“Zara,ada bunga untuk kau” Terbang sudah semua lamunanku dek suara Liza.”Hai kawan kita ni,semenjak bekerja kat sini,selalu dapat bunga dari orang tersayang..cemburu aku”Ila menyampuk sambil tersengih-sengih..Ini lah kawan-kawan aku..Selalu membuatkan kami di sini tidak kering gusi dengan gelagatnya..”Liza,Ila,bunga-bunga ni semua bukan dari orang tersayang la..””Habis tu?”Mereka bertanya serentak.”Ntah”Aku buat muka sardin.”Eleh..tak nak mengaku la tu.ngan kitaorang pun nak berahsia”.Liza menunjukkan reaksi tidak puas hati..”Betul la Liza,Ila.Aku memang tak tahu siapa pengirim bunga ni.Ayat-ayat dalam kad-kad nie semua menunjukkan yang dia kenal aku..aku panggil dia lelaki misteri kerana signature nya ialah –M.H.I.A.D-Mestilah lelaki kan??.”Aku memberi penerangan..“Wow.Zara ada admire.”Mereka berkata serentak seolah-seolah berpakat.

“Assalamualaikum..”Aku memberi salam apabila sampai di rumah..Aku terkejut apabila abang dan kakak duduk di kusyen..Lantas berlari-lari ingin memeluk abangku..

“Ish..Zara nie,tak macam perempuan langsung..”kakak menegur..”Ala Zara,kakak dengki kat abang la tu sebab Zara datang dekat abang dulu..”Abang membelaku..

“Abang,Zara rindu la kat abang.Abang tak rindu kat Zara ke??”Aku melepaskan rindu.

“Mestilah abang rindu dekat adik abang nie..”Dia meleraikan rinduku.Walaupun aku ni girl,tapi aku lebih rapat dengan abangku daripada kakakku..

“Abang,bangunlah.Dah lewat ni”Aku berkata seraya mengetuk pintu biliknya tetapi tidak berjawab lalu aku memasuki biliknya.”Abang,abang..,bangunlah..Jom teman Zara pergi shopping..”Aku menggeraknya untuk mengajaknya menemaniku ke pasaraya.

“Alah Zara nie,campur daun betul la..Nantilah dalam pukul 10 nanti”Abangnya menjawab dalam keadaan yang masih mamai.”Aku tergelak mendengarkan peribahasa itu.”Apalah abang nie,mana ada peribahasa macam tu.Lagipun sekarang ni dah pukul 12 la abang..abang pergi la mandi,Zara tunggu abang kat bawah.”Aku memberi arahan kepadanya seraya menarik tangannya menuju ke bilik air.”hmm,ye la..”Dia mengalah demi adik tersayang.

“Wow,gorgeous.rasa cam nak usha je..Haha”Aku mengusik sewaktu dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu..Sesampai saja dia di ruang tamu terus dia mengambil sebiji bantal kecil lalu membaling ke arahku.Malangnya ia telah terkena kakakku setelah aku berjaya mengelak membuatkan mukanya merona merah..Aku dan abang apa lagi,terus berlari keluar dari rumah setelah dikejar oleh kakak menuju ke kereta.”Umi,abah..Zara pergi dulu..”Aku menjerit sambil melangkah masuk ke dalam kereta.”Zara,kita nak pergi mana nie??”Abang bertanya kepadaku..”Ups to you..Asalkan tempat tu tempat shopping and abang kena belanja Zara..”Aku mengeluarkan arahan.”Amboi adik abang ni,memerintah nampak??”Dia memerli..”Zara tak kisah apa abang nak cakap asalkan hajat Zara nak shopping hari nie menjadi..”Aku berlagak slumber..”ok,ok..Demi adik abang yang sorang nie abang sanggup buat apa saja..”Dia mengalah.”Terima kasih Abang..Sayang abang…”Aku berkata manja..””Ya la tu..Sekarang jom kita pergi bank sekejap..Abang nak ambil duit.”Dia berkata seraya membelokkan kereta ke kiri.

Sesampainya kami di KLCC,kami menuju ke tingkat atas di mana tempatnya aksesori wanita seperti beg tangan,kasut dan baju di jual.”Abang,jom ke sana.”Aku mengajak seraya menunding jari kearah sebuah butik.Aku memilih beberapa pattern beg tangan yang menarik minatku..Aku ingin meminta pendapat abang lalu aku menoleh ke kanan.Tapi abang telah tiada..”Ah,lantaklah.Maybe abang dah bosan menunggu..”Aku mengagak.Biasalah perempuan bershopping,sekejap baginya tetapi lama pula bagi orang yang menunggunya.

“Adam”terdengar sayup-sayup namanya dipanggil.Dengar macam suara seorang lelaki.Dia menoleh ke belakang.”Hey Izz.Lama tak dengar khabar.Macam mana kau sekarang,setelah pulang dari Jordan??”Adam bertanya setelah lama tidak mendengar khabar rakannya itu.”Aku ok je..sihat..kalau tak,takkan aku jumpa kau kat sini..kau buat apa kat sini??”Hafizz menyoalnya.”Aku tunggu adik aku shopping..Adik aku tu perempuan,aku ni pula lelaki.Manalah aku tau apa citarasa dia.So,aku datang la sini..

Eh,jom la..Aku kenalkan kau pada adik aku.”Zara,kenalkan nie Hafizz kawan abang.”

“Hafizz,kenalkan nie adik aku Dikya Nazara.”Dia menoleh pula kepada Hafizz seraya memperkenalkan adiknya.”Zara??”Hafizz seolah-olah terkejut..”Izz??”Aku pun terkejut sama.

“Sebenarnya aku dah lama kenal dengan adik kau nie.”Hafizz memulakan bicara setelah kami berdiam diri buat beberapa ketika.Kami singgah di sebuah restoran yang berdekatan dengan KLCC setelah dicadang oleh Hafizz.”0h..Apsal Zara tak bagi tau abang??”Adam bertanya kepada Zara.””Manalah Zara tau yang Hafizz nie kawan abang..”Aku berkata selamba sedang badai yang melanda perasaan tiada siapa yang tahu.Aku sedikit malu berada semeja dengan Ikhwan setelah tiga tahun tidak bersua.Aku hanya mendengar dia bercerita kepada abang tentang kisah hidupnya di Jordan.Tidak pula terasa ingin mencelah perbualan mereka. Sesekali Hafizz melirik ke arahku dan apabila kami bertentang mata,aku cepat-cepat menjatuhkan pandanganku ke arah meja. Betapa bosannya aku disini lalu aku mengajak abangku pulang dengan alasan hari sudah menjelang malam.

Malam sudah hampir mencecah ke pukul 10 malam.Tetapi aku tidak betah berada di dalam bilik lalu ke beranda untuk menghirup angin malam.Lantas aku teringat akan pertemuan aku dan Hafizz.Setelah sekian lama,itulah kali pertama aku berjumpa kembali dengannya.Resah aku memikirnya.Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan aku menerima satu panggilan.Aku menggagau saku baju untuk mengambil telefonku lantas melihat si pemanggilnya..0188200080..Aku tidak kenal akan pemanggil ini tetapi mengangkatnya juga.Suara si pemanggil seorang lelaki. Rasanya macam aku kenal suara itu.. ”Hello, Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Dikya Nazara?”Si pemanggil memulakan bicara.Aku terkedu apabila mendengar suara itu serasa mahu sahaja aku meletakkan telefon kala itu juga.”Waalaikummussalam,ya Dikya Nazara bercakap..Boleh saya tahu,siapa di sana??”Aku menjawab salam yang diberi dengan kegugupan yang nyata.”Hai Zara,nie Izz.Zara apa khabar??Sihat??”Dia bertanya ramah sedangkan hatiku di sini resah gelisah..Setelah bertanya khabar masing-masing,kami terdiam seketika..Lantas dia menghidupkan kembali suasana dengan mengajak aku dinner pada pukul 8.30 malam esok..Aku menolak dengan mengatakan aku sibuk.Tetapi,setelah didesak beberapa kali,aku terima jua akhirnya..

Hari ini aku berpeluang bersarapan dengan keluarga kerana hari ini adalah hari minggu..

Usai bersarapan,aku dan abang mengambil peluang duduk bersantai di Taman Mini milik umi.”Zara,abang nak tanya sikit boleh??”Adam bertanya setelah kami duduk di atas kerusi yang telah umi sediakan di situ.”Sejak bila pulak abang pandai meminta izin ni?Macam tak biasa pulak”Aku memerli.Terasa pelik juga akan sikap abangku hari ini.”Err..Zara dah lama kenal dengan Hafizz?”Sudah ku jangka.Pasti soalan itu yang akan muncul dari mulutnya..riak wajahku berubah.Abang terperasan akan wajahku yang telah berubah riak.”Zara,abang dah tau segalanya..Hafizz dah beritahu abang.Kenapa Zara buat dia macam tu,kesian dia.Dah lama dia tunggu Zara.Dia masih setia menunggu Zara.Aku terkesima dengan penjelasan yang diberi.Riak kurang percaya jelas terpamer di wajahku..Biar betul.Setelah tiga tahun berlalu,dia masih menunggu aku.Adakah aku bermimpi?”Tapi abang…””Zara”Adam memotong..”Zara terimalah dia..Dia adalah lelaki yang terbaik buat Zara.Abang kenal dia dah lama Zara..Dah lapan tahun kita orang bersama berjuang mencari ilmu.Abang kenal sangat dengan hati budi dia tu..Dia tak macam lelaki lain.Abang tak nak paksa Zara.Tapi sebagai abang,abang nak yang terbaik buat adik abang Abang harap Zara fikirlah baik-baik.Nanti Zara ada dinner date dengan dia kan??Abang harap Zara terima lamarannya.”Aku terkaku buat seketika.”Insyaallah abang..Terima kasih atas segala nasihat abang.”

Tepat jam 8.30 malam aku sampai di café Sumatera Thai Seafo0d.Itu pun setelah didesak oleh abang kesayanganku.Macam-macam alasan yang aku berikan..Termasuklah alasan ketiadaan transport.Katanya dia sanggup menghantar aku untuk datang ke sini..Akhirnya terpaksa lah aku mengalah..

“Cik Dikya Nazara,Sila masuk.En.Hafizz berada di meja 20.Pandainya dia memilih meja.Meja yang agak tersorok dan jauh daripada orang ramai.Environmentnya juga menarik.Romantik sekali.Terasa diri bagai puteri raja.Hatiku berkata setelah aku tiba di meja 20.”Zara,sila lah duduk.”Hafizz berkata sambil menarikkan kerusi untukku.Dia menyuruh aku memesan makanan.Oleh kerana dia yang arif tentang makanan di sini,aku menyuruh dia saja yang memilih makanan untuk kami..Selesai makan dia mengambil peluang menatap wajahku.Tindakannya itu membuatkan wajahku memerah seperti memakai blusher.”Zara,Izz nak cakap sikit boleh?Tentang kita..”Tepat sekali tekaanku..Aku ingin mengelak tetapi aku berubah fikiran.Sampai bila aku harus mengelak apabila topik ini dibuka?Lantas aku mengangguk dengan perlahan-lahan.”Sebenarnya dah lama Izz nak bagitahu Zara.Sejak pertama kali melihat Zara,Izz dah terpaut dengan Zara.Walaupun Zara tidaklah secantik gadis-gadis yang lain,walaupun hanya dua bulan lebih mengenali Zara namun bagi Izz,Zara tetap yang terhebat.Now,Izz dah berjumpa kembali dengan Zara.Izz dah tak nak kehilangan Zara lagi.Izz merana Zara..Izz tahu,Zara juga merana kan??Buktinya Zara menghargai semua bunga-bunga yang Izz kirimkan untuk Zara sedangkan Zara tidak tahu siapa pengirimnya.”Aku terkedu mendengar luahan hatinya.Betulkah apa yang aku dengar ini??Rupa-rupanya dialah lelaki misteri itu.-M.H.I.A.D-.Mohd Hafizz Iskandar bin Ahmad Damian.Ya Allah. Betapa aku kejam selama ini kerana membiarkan dia menanggung rindu terhadapku.”Zara,sudikah Zara menjadi yang halal bagi Izz?”Hafizz melamarku.Aku gugup seketika.Aku mencari-cari keikhlasan di wajahnya.Jelas ternampak sinar keikhlasan di matanya..”Dikya Nazara bt Ahmad Farid,sudikah anda menjadi isteri kepada Mohd Hafizz Iskandar bin Ahmad Damian?”Hafizz mengulanginya sekali lagi..”Zara sudi”Aku berkata malu-malu sambil menunduk.Ya Allah seandainya inilah jodohku..

No comments: